BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 13

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar/ pentaksiran pembelajaran

Apakah teori-teori, strategi dan kaedah yang boleh digunakan bagi setiap masalah

PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Teori Pembelajaran Kooperatif

  1. Membuat perbincangan dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seseorang pelajar itu bekerja secara bersendirian.
  2. Interaksi sama ada secara verbal atau bertulis dengan orang lain akan menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam.
Kelebihan Pembelajaran Kooperatif
  1. Pelajar dapat belajar bekerja dengan pelbagai jenis individu.
  2. Pelajar dapat meningkatkan perkembangan interpersonal mereka.
  3. Pelajar mempunyai peluang memberi sumbangan dalam kumpulan kecil
  4. Pelajar mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan maklum balas secara individu
Antara teknik Pembelajaran Kooperatif
  1. Jigsaw
  2. STAD (Student Team Achievement Division)
  3. ‘Think-Pair-Share’
  4. ‘Numbered Heads Together’
KAEDAH MENGAJAR
Kaedah Pemudahcaraan

  1. Menggunakan Teknik penyoalan iaitu menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar kepada kesimpulan.
  2. Scaffolding adalah bantuan sosial yang diberi dengan membahagikan aktiviti atau tugasan kepada beberapa bahagian kecil mengikut kefahaman pelajar sehingga mereka memahami tugasan tersebut.
  3. Guru juga perlu memberikan arahan yang jelas supaya pelajar jelas tentang objektif tugasan.
  4. Penstrukturan kognitif adalah guru melukiskan peta minda yang dapat memberikan gambaran secara menyeluruh tentang pembelajaran selain memberi kefahaman.
  5. Memberikan contoh yang sesuai supaya dapat menggambarkan aktiviti atau tugasan yang diberikan agar pelajar dapat menyemburnakan aktiviti.

AKTIVITI 12 : PEMURNIAN

AKTIVITI 11 : JURNAL

Jurnal 1 : An action research exploration integrating student choice and arts activities in a sixth grade social studies classroom

Beri contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik
Pengajaran di sekolah lebih memberi tumpuan kepada subjek matematik dan literasi, maka pelajar juga turut terpengaruh dengan budaya ini. ini menyebabkan pelajar mengambil enteng tentang subjek sosial.

Apa masalah yang dijadikan kajian?

Adakah menggabungkan seni dalam kelas pengajaran social dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar ? dan adakah dengan meningkatnya penglibatan dan motivasi pelajar dapat meningkatkan pencapaian akademik?

Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian?
Sampel kajian adalah pelajar tahun 6 di sekolah yang agak membangun dari segi kemudahan. Penglibatan adalah dari 28 sekolah awam, 5 sekolah daerah, bahagian sumber manusia dan pendidikan dari Kolej Universiti West Virginia dan Kolej eberly seni dan sains. Pelajar yagn terlibat adalah seramai 650 orang. 95% adalah berkulit putih dan 22% menerima bantuan makanan di sekolah.

Bagaiman pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Di dalam P & P aktiviti seni akan digabungkan semasa pelajar mempelajari sesuatu istilah yang baru.

Jurnal 2 : An Action Research Plan for Developing and Implementing
The Students’ Listening Comprehension Skills

Berikan contoh kajian tindakan yang telah dijalankan oleh penulis
Pelajar di sekolah berpendapat mereka sukar untuk memberi tumpuan untuk mendengar ketika guru mengajar bahasa inggeris. Mereka kurang mahir dalam mengenal pasti isi penting ketika guru mengajar. Meningkatkan keupayaan atau kemahiran mendengar pelajar supaya mereka lebih memahami pembelajaran bahasa inggeris dan menjadikan mereka pendengar yang aktif di dalam kelas.

Apa masalah yang dijadikan kajian?

  1. Pelajar belajar bahasa dengan membaca, tetapi cara terbaik adalah dengan mendengar kerana dengan mendengar pelajar akan dapat menyebut perkataan tersebut dengan betul.
  2. Rakaman bahasa yang terdapat di sekolah adalah menggunakan dialek orang Amerika, jadi pelajar kurang memahaminya kerana sebutan bahasa yang berbeza dengan mereka
  3. Bagi mereka yang sudah mahir berbahasa inggeris, mereka akan berbual dengan kadar yang agak laju, maka pelajar yang kurang mahir ini memerlukan masa untuk memahami apa yang dicakapkan
  4. Cerita yang ada dalam rakaman bahasa tersebut tidak menarik minat pelajar
Apakah sample kajian dan di mana setting kajian?
Pelajar tahun pertama dan kedua yang mengambil jurusan bahasa inggeris di University Kebangsaan China

Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan?
  1. Melakukan ujian untuk melihat sejauh mana pengetahuan mereka terhadap bahasa inggeris
  2. Memperdengarkan rakaman bahasa yagn lebih mudah
  3. Melakukan semula ujian untuk mengetahui samada mereka selesa dengan rakaman yang baru

Selain itu,
  1. Galakkan pelajar mendengar berita, lagu dan cerita pendek di rumah
  2. Membaca surat khabar dan mendengar radio berbahasa inggeris
Selepas 2 bulan, pelajar perlu mengambil ujian sekali untuk menilai pencapaian mereka

AKTIVITI 10 : TUGASAN 1 : Buku

Bincang tentang mengenal pasti masalah kajian

Menurut buku A Handbook for teacher research from design to implement

Masalah yang sering dihadapi sebelum melakukan kajian tindakan adalah masalah yang membuatkan kita berfikir, yang menarik perhatian kita dan yang menyusahkan kita. Iaitu situasi wujudnya kekeliruan.

Masalah juga adalah sesuatu yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian. Iaitu dengan memahami dan mengetahui tentang situasi masalah tersebut.

Analisis data dan pelaporan
Analisis data perbualan, data pemerhatian dan penulisan

Analisis data perbualan

Menganalisi data yang diperbualkan dengan mengeluarkan perbualan dalam bentuk verbatim. Melalui verbatim, maklumat akan lebih mudah dicari dan ditanda.

Analisis data pemerhatian



AKTIVITI 9 : Mini Kajian Tindakan

Kaedah Video dan demonstrasi dalam P&P

Matlamat Kajian:

Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan kaedah video dan demontrasi bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu dan ICT.


Objektif kajian:

1. Untuk menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2. Meneroka penggunaan pengunaan kaedah video serta demontrasi dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT


Persoalan Kajian:

1. Adakah kaedah video dan demontrasi dapat menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

2. Adakah kaedah pembelajaran penggunaan video dan demontrasi dapat meningkatkat penguasaan mereka dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT.

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 8

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran berkenaan berdasarkan

Cadangan secara individu

  • BBM yang digunakan perlu menepati isi pengajaran supaya pelajar lebih faham
  • terangkan terlebih dahulu kepada pelajar tujuan pengajaran dan apa yang guru mahukan dari mereka setelah selesai pengajaran
Cadangan dalam pasukan
  • guru perlu mempunyai rancangan pengajaran sokong sekiranya berlaku mesalah teknikal
  • kelengkapan komputer yang lengkap
Cadangan dari luar pasukan
  • memberikan kursus asas komputer supaya guru lebih berkemahiran
Berdasarkan literatur riview

AKTIVITI 7

Kelemahan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

Pengalaman/refleksi individu

  • masalah teknikal yang mungkin berlaku ketika P&P berlangsung
  • pelajar akan leka dengan teknologi terbaru yang ada dan ini menggangu pembelajaran
Pengalaman/refleksi dalam kumpulan
  • tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran bagi sesetengah sekolah di pedalaman
Pengalaman dari luar pasukan
  • guru perlu sentiasa peka dan tanpa putus asa dengan perubahan dalam teknologi ICT
Berdasarkan literatur review