Jurnal 1 : An action research exploration integrating student choice and arts activities in a sixth grade social studies classroom
Beri contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik
Pengajaran di sekolah lebih memberi tumpuan kepada subjek matematik dan literasi, maka pelajar juga turut terpengaruh dengan budaya ini. ini menyebabkan pelajar mengambil enteng tentang subjek sosial.
Apa masalah yang dijadikan kajian?
Adakah menggabungkan seni dalam kelas pengajaran social dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar ? dan adakah dengan meningkatnya penglibatan dan motivasi pelajar dapat meningkatkan pencapaian akademik?
Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian?
Sampel kajian adalah pelajar tahun 6 di sekolah yang agak membangun dari segi kemudahan. Penglibatan adalah dari 28 sekolah awam, 5 sekolah daerah, bahagian sumber manusia dan pendidikan dari Kolej Universiti West Virginia dan Kolej eberly seni dan sains. Pelajar yagn terlibat adalah seramai 650 orang. 95% adalah berkulit putih dan 22% menerima bantuan makanan di sekolah.
Bagaiman pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Di dalam P & P aktiviti seni akan digabungkan semasa pelajar mempelajari sesuatu istilah yang baru.
Jurnal 2 : An Action Research Plan for Developing and Implementing
The Students’ Listening Comprehension Skills
Berikan contoh kajian tindakan yang telah dijalankan oleh penulis
Pelajar di sekolah berpendapat mereka sukar untuk memberi tumpuan untuk mendengar ketika guru mengajar bahasa inggeris. Mereka kurang mahir dalam mengenal pasti isi penting ketika guru mengajar. Meningkatkan keupayaan atau kemahiran mendengar pelajar supaya mereka lebih memahami pembelajaran bahasa inggeris dan menjadikan mereka pendengar yang aktif di dalam kelas.
Apa masalah yang dijadikan kajian?
- Pelajar belajar bahasa dengan membaca, tetapi cara terbaik adalah dengan mendengar kerana dengan mendengar pelajar akan dapat menyebut perkataan tersebut dengan betul.
- Rakaman bahasa yang terdapat di sekolah adalah menggunakan dialek orang Amerika, jadi pelajar kurang memahaminya kerana sebutan bahasa yang berbeza dengan mereka
- Bagi mereka yang sudah mahir berbahasa inggeris, mereka akan berbual dengan kadar yang agak laju, maka pelajar yang kurang mahir ini memerlukan masa untuk memahami apa yang dicakapkan
- Cerita yang ada dalam rakaman bahasa tersebut tidak menarik minat pelajar
Pelajar tahun pertama dan kedua yang mengambil jurusan bahasa inggeris di University Kebangsaan China
Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan?
- Melakukan ujian untuk melihat sejauh mana pengetahuan mereka terhadap bahasa inggeris
- Memperdengarkan rakaman bahasa yagn lebih mudah
- Melakukan semula ujian untuk mengetahui samada mereka selesa dengan rakaman yang baru
Selain itu,
- Galakkan pelajar mendengar berita, lagu dan cerita pendek di rumah
- Membaca surat khabar dan mendengar radio berbahasa inggeris
0 comments:
Post a Comment