Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar/ pentaksiran pembelajaran
Apakah teori-teori, strategi dan kaedah yang boleh digunakan bagi setiap masalah
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Teori Pembelajaran Kooperatif
- Membuat perbincangan dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seseorang pelajar itu bekerja secara bersendirian.
- Interaksi sama ada secara verbal atau bertulis dengan orang lain akan menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam.
- Pelajar dapat belajar bekerja dengan pelbagai jenis individu.
- Pelajar dapat meningkatkan perkembangan interpersonal mereka.
- Pelajar mempunyai peluang memberi sumbangan dalam kumpulan kecil
- Pelajar mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan maklum balas secara individu
- Jigsaw
- STAD (Student Team Achievement Division)
- ‘Think-Pair-Share’
- ‘Numbered Heads Together’
Kaedah Pemudahcaraan
- Menggunakan Teknik penyoalan iaitu menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar kepada kesimpulan.
- Scaffolding adalah bantuan sosial yang diberi dengan membahagikan aktiviti atau tugasan kepada beberapa bahagian kecil mengikut kefahaman pelajar sehingga mereka memahami tugasan tersebut.
- Guru juga perlu memberikan arahan yang jelas supaya pelajar jelas tentang objektif tugasan.
- Penstrukturan kognitif adalah guru melukiskan peta minda yang dapat memberikan gambaran secara menyeluruh tentang pembelajaran selain memberi kefahaman.
- Memberikan contoh yang sesuai supaya dapat menggambarkan aktiviti atau tugasan yang diberikan agar pelajar dapat menyemburnakan aktiviti.
0 comments:
Post a Comment