BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 8

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran berkenaan berdasarkan

Cadangan secara individu

  • BBM yang digunakan perlu menepati isi pengajaran supaya pelajar lebih faham
  • terangkan terlebih dahulu kepada pelajar tujuan pengajaran dan apa yang guru mahukan dari mereka setelah selesai pengajaran
Cadangan dalam pasukan
  • guru perlu mempunyai rancangan pengajaran sokong sekiranya berlaku mesalah teknikal
  • kelengkapan komputer yang lengkap
Cadangan dari luar pasukan
  • memberikan kursus asas komputer supaya guru lebih berkemahiran
Berdasarkan literatur riview

AKTIVITI 7

Kelemahan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

Pengalaman/refleksi individu

  • masalah teknikal yang mungkin berlaku ketika P&P berlangsung
  • pelajar akan leka dengan teknologi terbaru yang ada dan ini menggangu pembelajaran
Pengalaman/refleksi dalam kumpulan
  • tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran bagi sesetengah sekolah di pedalaman
Pengalaman dari luar pasukan
  • guru perlu sentiasa peka dan tanpa putus asa dengan perubahan dalam teknologi ICT
Berdasarkan literatur review

AKTIVITI 6

Huraikan kekuatan pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

Pengalaman/refleksi individu

  • Sumber untuk pengajaran lebih mudah kerana boleh didapati di internet
  • Menarik minat pelajar kerana ICT sentiasa berkembang dan berubah-ubah
Pengalaman/refleksi dalam kumpulan
  • dapat memberikan contoh2 yang nyata dan mudah difahami
  • BBM yang boleh diubah suai dengan mudah kerana menggunakan bahan elektronik
Pengalaman dari luar pasukan
  • Kebanyakan sekolah sudah mempunyai kemudahan makmal komputer dan ini memudahkan pengajaran
Berdasar literatur review

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5 : TUGASAN 5: Bincangkan mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan.

Kajian tindakan merupakan pendekatan sistematik bermula dengan membuat refleksi terhadap amalan sedia ada, merancang tindakan, melakukan tindakan, merefleksi tindakan dan membuat penambahbaikan. Ia boleh dilakukan dalam beberapa kitaran sehingga ia mantap atau menjadi satu habit yang baik dan mantap.

Guru Pelatih

  • Meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
  • Mengenalpasti punca masalah amalan pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas yang kurang efektif
  • Kajian tindakan melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar, maka penekanan kajian tindakan adalah masalah praktik dan bukanya masalah teori.


Guru Novis

  • Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
  • Guru perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk menambah pengetahuan dan melaku penambahbaikan terhadap sesuatu amalan
  • Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.


Guru Berpengalaman

  • Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalanamalan tersebut dan bersedia mengubah amalan
  • Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan
  • Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
  • Hasil kajian oleh guru berpengalaman dan pakar boleh diterbitkan dan dijadikan panduan oleh guru lain terutamanya guru pelatih dan novis

AKTIVITI 4 : TUGASAN 4 : Mini Kajian Tindakan

Tajuk :

Penggunaan Rakaman Video serta Kaedah Demonstrasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Tujuan :

1.) Untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari.
2.) Memberi gambaran sebenar kepada pelajar bagaimana sesuatu bentuk pengajaran tu dilakukan.

AKTIVITI 3 : TUGASAN 3 : LAPORAN KOLOKIUM

LAPORAN 1

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN 4 TERHADAP KEMAHIRAN TULISAN JAWI MELALUI SLOT “5 MINIT BERSAMA TULISAN JAWI” SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembentang:

Siti Imzahwana Abu Naim dan Nurul Hafizah Che mat

PERNYATAAN MASALAH

  • Untuk mengkaji masalah tahap penguasaan kemahiran tulisan jawi di kalangan pelajar islam Tingkatan 4 di salah sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.

METODOLOGI

  • Meningkatkan penguasaan pelajar Tingkatan 4 terhadap proses kemahiran tulisan jawi semasa P & P dijalankan
  • Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ejaan tulisan jawi yang terkini
  • Mengubah persepsi negative pelajar terhadap tulisan jawi
  • Mengetahui faktor-faktor sebahagian pelajar Tingkatan 4 di sekolah terbabit tidak tahu menulis dan membaca jawi

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

  • Pengumpulan data dijalankan melalui 4 cara iaitu:

o Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan semasa P & P. ketka ini guru dapat melihat samada pelajar menunjukkan minat atau tidak

o Temubual

Temubual dibuat dengan setiap pelajar tentang pandangan dan reaksi mereka terhadap kaedah yang telah digunakan

o Latihan

Setiap kali selepas sesi '5 minit bersama tulisan jawi' diadakan latihan bagi memantapkan lagi penguasaan pelajar terhadap tulisan jawi

o Ujian

Ujian pula dilakukan untuk mengukur kefahaman pelajar tentang apa yang dipelajari dan melihat samada kaedah yang digunakan oleh guru berkesan atau tidak

IMPLIKASI KAJIAN

  • Melalui kajian yang telah dijalankan implikasi kajian terhadap pelajar adalah pelajar mula menunjukkan minat terhadap pembelajaran menggunakan tulisan jawi. Pelajar juga sudah pandai mengeja dan membaca tulisan jawi. Di samping itu, secara tidak langsung guru dapat mengurangkan tanggapan negative pelajar tentang tulisan jawi.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI

  • Melalui kajian yang telah dijalankan kita dapat mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap tulisan jawi. Maka sebagai guru kita perlu menyemai rasa cinta terhadap tulisan jawi di kalangan pelajar sebagai contoh dengan menggalakkan pelajar mengeja lirik lagu yang telah ditulis dengan tulisan jawi. Selain itu, pelajar juga menukarkan tulisan rumi yang terdapat pada keratan akhbar kepada tulisan jawi

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

  • Kekuatan kaedah ini adalah aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar untuk belajar mengeja/membaca jawi. Walaupun dijalankan dalam masa yang singkat tetapi pelajar suka menjalankan aktiviti di dalam kelas. Tetapi jika setiap kali kelas melakukan aktiviti yang sama pelajar mungkin akan bosan.

PENAMBAHBAIKAN

  • Selain dari mengeja lirik lagu, ajak pelajar menyanyikan lagu tersebut. Ini dapat menambahkan sedikit kelainan dalam pengajaran.


LAPORAN 2

MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) MELALUI KAEDAH PERMAINAN DI DALAM KELAS 4 DEDIKASI SMK BANDAR RINCHING.

Pembentang:

Nor Zira Shafie dan Norbahariah Baharin

PERNYATAAN MASALAH

  • Untuk mengkaji punca kurang penglibatan pelajar di dalam kelas dan lemah dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

METODOLOGI

  • Pelajar akan lebih aktif dalam P & P
  • Pelajar lebih berani dan berkeyakinan untuk memberi pendapat atau jawpan apabila disoal di dalam kelas
  • Pelajar dapat mengurangkan rasa malu bertanya terhadap isi pengajaran yang tidak difahami
  • Pelajar dapat memperkembangkan dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pembelajaran

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

  • Permainan yang digunakan adalah bola hikmah, dam ular dan permainan dart. Bagi permainan bola hikmah, muzik dimainkan da kemudian apabila muzik tamat pelajar yang terakhir memegang bola akan menjawab soalan. Untuk dam ular pula, wakil kumpulan membaling dadu dan di setiap petak mengandungi soalan. Bagi permainan dart pula, wakil akan membaling bola dart dan mata yang diperolehi akan mewakili markah jika berjaya menjawab soalan
  • Pengumpulan data menggunakan 5 cara iaitu:

o Pre –test

- Ujian Setara 2 Tingkatan 4

o Pemerhatian

- Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

- Semasa sesi permainan

o Temubual

- Selepas ketiga-tiga permainan selesai

o Soal selidik

- 35 soalan diedarkan

- Julat markah 0-5 (sangat tidak setuju- sangat setuju)

- Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan

o Post-test

- Ujian Penilaian akhir

IMPLIKASI KAJIAN

  • Kaedah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah yang berpusatkan pelajar akan lebih membantu meningkatkan keyakinan pelajar selain dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI

  • Melalui kajian yang telah dijalankan dapat dibuktikan bahawa melalui kaedah permainan dapat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu mengadakan lebih banyak aktiviti yang melibatkan pelajar di dalam kelas dengan menyelitkan pembelajaran.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

  • Kaedah yang digunakan bagus kerana banyak aktiviti/permainan yang dijalankan di dalam kelas. Ini dapat mengurangkan rasa bosan pelajar dan menarik minat mereka. Tetapi dikhuatiri pelajar tidak nampak isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru di dalam permainan tersebut kerana terlalu fokus dengan permainan.

PENAMBAHBAIKAN

  • Diharap guru dapat menerangkan kepada pelajar bagaimana yang dikatakan berfikir secara kritis dan kreatif kerana jika pelajar faham pembelajaran akan menjadi lebih mudah

AKTIVITI 2 : TUGASAN 2 : Ulasan Jurnal

Jurnal 1 : An action research exploration integrating student choice and arts activities in a sixth grade social studies classroom

Kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik
Pengajaran di sekolah lebih memberi tumpuan kepada subjek matematik dan literasi, maka pelajar juga turut terpengaruh dengan budaya ini. ini menyebabkan pelajar mengambil enteng tentang subjek sosial.

Jurnal 2 : An Action Research Plan for Developing and Implementing
The Students’ Listening Comprehension Skills

Kajian tindakan yang telah dijalankan oleh penulis
Pelajar di sekolah berpendapat mereka sukar untuk memberi tumpuan untuk mendengar ketika guru mengajar bahasa inggeris. Mereka kurang mahir dalam mengenal pasti isi penting ketika guru mengajar. Meningkatkan keupayaan atau kemahiran mendengar pelajar supaya mereka lebih memahami pembelajaran bahasa inggeris dan menjadikan mereka pendengar yang aktif di dalam kelas.

AKTIVITI 1 : TUGASAN 1 : Ulasan Buku Kajian Tindakan

Tajuk Buku : Doing your Research Ptoject : A guide for first-time researchers in education, health and social science. (4th Edition)
Penulis : Judith Bell
Tahun : 2005

Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Tindakan?

Kajian tindakan adalah satu pendekatan yang dilakukan bilamana satu pengetahuan yang spesifik diperlukan untuk sesuatu masalah dalam satu-satu situasi atau apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem yang sedia ada.

Mengapa Kajian Tindakan perlu dilakukan?

• Untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang berlaku.
• Untuk mendapatkan teknik yang sesuai dalam proses pembelajaran.

Bila Kajian Tindakan ini dilakukan?

• Apabila berlaku sesuatu permasalahan.
• Apabila terdapat pendekatan beru yang ingin dilakukan terhadap sistem sedia ada.

Bagaimana Kajian Tindakan dilakukan?

• Mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
• Mengetahui / merancang apa yang ingin dikaji.
• Membuat eksperimen atau survey untuk kajian tersebut.
• Melakukan pengumpulan dan penganalisissan data.



Tajuk Buku : A handbook for Teacher Research from design to implement
Penulis : Colin Lankshear dan Michele nobel
Tahun : 2004

Kajian tindakan telah direka dan diguna pakai secara meluas kerana tingkah laku dalam kelas adalah datangnya dari kajian yang telah dijalankan berdasarkan kajian secara terperinci dan pendekatan kepada sain sosial.

Kajian tindakan ini dilakukan kerana ingin meningkatkan professionalisma guru dan melahirkan guru yang berkualiti unuk mengajar dan belajar di dalam kelas. Selain itu, guru haruslah menghargai kajian yang telah dijalankan dan faham tujuan kajian itu dijalankan. Ini penting kerana apabila guru memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi, mereka dapat mencari punca masalah tersebut dengan berkesan. Disamping itu, guru juga akan lebih prihatin dengan perjalanan proses di sekolah kerana guru tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah dengan pelajar.

Guru melakukan kajian tindakan apabila guru ingin mengetahui samada pengajarannya di dalam kelas memberi perkembangan yang baik atau tidak kepada pelajar dan apabila guru ingin mengkaji cara pengajarannya sendiri dan ingin mengesahkan kajian-kajian yang telah dilakukan

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS : Nota

KONSEP DAN MODEL KAJIAN TINDAKAN

KONSEP

McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan bagi memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,

Somekh (1989) menyatakan kajian tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai pengkaji dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Menurut Kemmis dan Mctaggart (1998),kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Proses-proses yang terlibat dalam kajian tindakan ialah mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. Keempat-empat proses ini akan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan.

MODEL

1. Systems Model of Action-Research Process



Lewin's description of the process of change involves three steps:

Unfreezing: Faced with a dilemma or disconfirmation, the individual or group becomes aware of a need to change.

Changing: The situation is diagnosed and new models of behavior are explored and tested

Refreezing: Application of new behavior is evaluated, and if reinforcing, adopted.

2. Simple Action Research Model (from MacIsaac, 1995)



Stephen Kemmis has developed a simple model of the cyclical nature of the typical action research process.  Each cycle has four steps: plan, act, observe, reflect.

3. Detailed Action Research Model (adapted from Susman 1983)



Gerald Susman (1983) gives a somewhat more elaborate listing.  He distinguishes five phases to be conducted within each research cycle.  Initially, a problem is identified and data is collected for a more detailed diagnosis.  This is followed by a collective postulation of several possible solutions, from which a single plan of action emerges and is implemented.  Data on the results of the intervention are collected and analyzed, and the findings are interpreted in light of how successful the action has been.  At this point, the problem is re-assessed and the process begins another cycle.  This process continues until the problem is resolved.