Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar/ pentaksiran pembelajaran
Apakah teori-teori, strategi dan kaedah yang boleh digunakan bagi setiap masalah
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Teori Pembelajaran Kooperatif
Membuat perbincangan dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seseorang pelajar itu bekerja secara bersendirian.
Interaksi sama ada secara verbal atau bertulis dengan orang lain akan menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam.
Kelebihan Pembelajaran Kooperatif
Pelajar dapat belajar bekerja dengan pelbagai jenis individu.
Pelajar dapat meningkatkan perkembangan interpersonal mereka.
Pelajar mempunyai peluang memberi sumbangan dalam kumpulan kecil
Pelajar mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan maklum balas secara individu
Antara teknik Pembelajaran Kooperatif
Jigsaw
STAD (Student Team Achievement Division)
‘Think-Pair-Share’
‘Numbered Heads Together’
KAEDAH MENGAJAR
Kaedah Pemudahcaraan
Menggunakan Teknik penyoalan iaitu menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar kepada kesimpulan.
Scaffolding adalah bantuan sosial yang diberi dengan membahagikan aktiviti atau tugasan kepada beberapa bahagian kecil mengikut kefahaman pelajar sehingga mereka memahami tugasan tersebut.
Guru juga perlu memberikan arahan yang jelas supaya pelajar jelas tentang objektif tugasan.
Penstrukturan kognitif adalah guru melukiskan peta minda yang dapat memberikan gambaran secara menyeluruh tentang pembelajaran selain memberi kefahaman.
Memberikan contoh yang sesuai supaya dapat menggambarkan aktiviti atau tugasan yang diberikan agar pelajar dapat menyemburnakan aktiviti.
Jurnal 1 : An action research exploration integrating student choice and arts activities in a sixth grade social studies classroom
Beri contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik Pengajaran di sekolah lebih memberi tumpuan kepada subjek matematik dan literasi, maka pelajar juga turut terpengaruh dengan budaya ini. ini menyebabkan pelajar mengambil enteng tentang subjek sosial. Apa masalah yang dijadikan kajian? Adakah menggabungkan seni dalam kelas pengajaran social dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar ? dan adakah dengan meningkatnya penglibatan dan motivasi pelajar dapat meningkatkan pencapaian akademik?
Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian? Sampel kajian adalah pelajar tahun 6 di sekolah yang agak membangun dari segi kemudahan. Penglibatan adalah dari 28 sekolah awam, 5 sekolah daerah, bahagian sumber manusia dan pendidikan dari Kolej Universiti West Virginia dan Kolej eberly seni dan sains. Pelajar yagn terlibat adalah seramai 650 orang. 95% adalah berkulit putih dan 22% menerima bantuan makanan di sekolah.
Bagaiman pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)? Di dalam P & P aktiviti seni akan digabungkan semasa pelajar mempelajari sesuatu istilah yang baru.
Jurnal 2 : An Action Research Plan for Developing and Implementing The Students’ Listening Comprehension Skills
Berikan contoh kajian tindakan yang telah dijalankan oleh penulis Pelajar di sekolah berpendapat mereka sukar untuk memberi tumpuan untuk mendengar ketika guru mengajar bahasa inggeris. Mereka kurang mahir dalam mengenal pasti isi penting ketika guru mengajar. Meningkatkan keupayaan atau kemahiran mendengar pelajar supaya mereka lebih memahami pembelajaran bahasa inggeris dan menjadikan mereka pendengar yang aktif di dalam kelas.
Apa masalah yang dijadikan kajian?
Pelajar belajar bahasa dengan membaca, tetapi cara terbaik adalah dengan mendengar kerana dengan mendengar pelajar akan dapat menyebut perkataan tersebut dengan betul.
Rakaman bahasa yang terdapat di sekolah adalah menggunakan dialek orang Amerika, jadi pelajar kurang memahaminya kerana sebutan bahasa yang berbeza dengan mereka
Bagi mereka yang sudah mahir berbahasa inggeris, mereka akan berbual dengan kadar yang agak laju, maka pelajar yang kurang mahir ini memerlukan masa untuk memahami apa yang dicakapkan
Cerita yang ada dalam rakaman bahasa tersebut tidak menarik minat pelajar
Apakah sample kajian dan di mana setting kajian? Pelajar tahun pertama dan kedua yang mengambil jurusan bahasa inggeris di University Kebangsaan China
Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan?
Melakukan ujian untuk melihat sejauh mana pengetahuan mereka terhadap bahasa inggeris
Memperdengarkan rakaman bahasa yagn lebih mudah
Melakukan semula ujian untuk mengetahui samada mereka selesa dengan rakaman yang baru
Selain itu,
Galakkan pelajar mendengar berita, lagu dan cerita pendek di rumah
Membaca surat khabar dan mendengar radio berbahasa inggeris
Selepas 2 bulan, pelajar perlu mengambil ujian sekali untuk menilai pencapaian mereka
Menurut buku A Handbook for teacher research from design to implement
Masalah yang sering dihadapi sebelum melakukan kajian tindakan adalah masalah yang membuatkan kita berfikir, yang menarik perhatian kita dan yang menyusahkan kita. Iaitu situasi wujudnya kekeliruan.
Masalah juga adalah sesuatu yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian. Iaitu dengan memahami dan mengetahui tentang situasi masalah tersebut.
Analisis data dan pelaporan Analisis data perbualan, data pemerhatian dan penulisan
Analisis data perbualan
Menganalisi data yang diperbualkan dengan mengeluarkan perbualan dalam bentuk verbatim. Melalui verbatim, maklumat akan lebih mudah dicari dan ditanda.
Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan kaedah video dan demontrasi bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu dan ICT.
Objektif kajian:
1. Untuk menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2. Meneroka penggunaan pengunaan kaedah video serta demontrasi dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT
Persoalan Kajian:
1. Adakah kaedah video dan demontrasi dapat menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?
2. Adakah kaedah pembelajaran penggunaan video dan demontrasi dapat meningkatkat penguasaan mereka dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT.
Kajian tindakan merupakan pendekatan sistematik bermula dengan membuat refleksi terhadap amalan sedia ada, merancang tindakan, melakukan tindakan, merefleksi tindakan dan membuat penambahbaikan. Ia boleh dilakukan dalam beberapa kitaran sehingga ia mantap atau menjadi satu habit yang baik dan mantap.
Guru Pelatih
Meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
Mengenalpasti punca masalah amalan pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas yang kurang efektif
Kajian tindakan melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar, maka penekanan kajian tindakan adalah masalah praktik dan bukanya masalah teori.
Guru Novis
Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
Guru perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk menambah pengetahuan dan melaku penambahbaikan terhadap sesuatu amalan
Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
Guru Berpengalaman
Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalanamalan tersebut dan bersedia mengubah amalan
Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan
Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
Hasil kajian oleh guru berpengalaman dan pakar boleh diterbitkan dan dijadikan panduan oleh guru lain terutamanya guru pelatih dan novis
Penggunaan Rakaman Video serta Kaedah Demonstrasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Tujuan :
1.) Untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari. 2.) Memberi gambaran sebenar kepada pelajar bagaimana sesuatu bentuk pengajaran tu dilakukan.
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN 4 TERHADAP KEMAHIRAN TULISAN JAWI MELALUI SLOT “5 MINIT BERSAMA TULISAN JAWI” SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pembentang:
Siti Imzahwana Abu Naim dan Nurul Hafizah Che mat
PERNYATAAN MASALAH
Untuk mengkaji masalah tahap penguasaan kemahiran tulisan jawi di kalangan pelajar islam Tingkatan 4 di salah sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.
METODOLOGI
Meningkatkan penguasaan pelajar Tingkatan 4 terhadap proses kemahiran tulisan jawi semasa P & P dijalankan
Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ejaan tulisan jawi yang terkini
Mengubah persepsi negative pelajar terhadap tulisan jawi
Mengetahui faktor-faktor sebahagian pelajar Tingkatan 4 di sekolah terbabit tidak tahu menulis dan membaca jawi
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengumpulan data dijalankan melalui 4 cara iaitu:
oPemerhatian
Pemerhatian dijalankan semasa P & P. ketka ini guru dapat melihat samada pelajar menunjukkan minat atau tidak
oTemubual
Temubual dibuat dengan setiap pelajar tentang pandangan dan reaksi mereka terhadap kaedah yang telah digunakan
oLatihan
Setiap kali selepas sesi '5 minit bersama tulisan jawi' diadakan latihan bagi memantapkan lagi penguasaan pelajar terhadap tulisan jawi
oUjian
Ujian pula dilakukan untuk mengukur kefahaman pelajar tentang apa yang dipelajari dan melihat samada kaedah yang digunakan oleh guru berkesan atau tidak
IMPLIKASI KAJIAN
Melalui kajian yang telah dijalankan implikasi kajian terhadap pelajar adalah pelajar mula menunjukkan minat terhadap pembelajaran menggunakan tulisan jawi. Pelajar juga sudah pandai mengeja dan membaca tulisan jawi. Di samping itu, secara tidak langsung guru dapat mengurangkan tanggapan negative pelajar tentang tulisan jawi.
FAEDAH YANG DIPEROLEHI
Melalui kajian yang telah dijalankan kita dapat mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap tulisan jawi. Maka sebagai guru kita perlu menyemai rasa cinta terhadap tulisan jawi di kalangan pelajar sebagai contoh dengan menggalakkan pelajar mengeja lirik lagu yang telah ditulis dengan tulisan jawi. Selain itu, pelajar juga menukarkan tulisan rumi yang terdapat pada keratan akhbar kepada tulisan jawi
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Kekuatan kaedah ini adalah aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar untuk belajar mengeja/membaca jawi. Walaupun dijalankan dalam masa yang singkat tetapi pelajar suka menjalankan aktiviti di dalam kelas. Tetapi jika setiap kali kelas melakukan aktiviti yang sama pelajar mungkin akan bosan.
PENAMBAHBAIKAN
Selain dari mengeja lirik lagu, ajak pelajar menyanyikan lagu tersebut. Ini dapat menambahkan sedikit kelainan dalam pengajaran.
LAPORAN 2
MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) MELALUI KAEDAH PERMAINAN DI DALAM KELAS 4 DEDIKASI SMK BANDAR RINCHING.
Pembentang:
Nor Zira Shafiedan Norbahariah Baharin
PERNYATAAN MASALAH
Untuk mengkaji punca kurang penglibatan pelajar di dalam kelas dan lemah dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
METODOLOGI
Pelajar akan lebih aktif dalam P & P
Pelajar lebih berani dan berkeyakinan untuk memberi pendapat atau jawpan apabila disoal di dalam kelas
Pelajar dapat mengurangkan rasa malu bertanya terhadap isi pengajaran yang tidak difahami
Pelajar dapat memperkembangkan dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pembelajaran
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Permainan yang digunakan adalah bola hikmah, dam ular dan permainan dart. Bagi permainan bola hikmah, muzik dimainkan da kemudian apabila muzik tamat pelajar yang terakhir memegang bola akan menjawab soalan. Untuk dam ular pula, wakil kumpulan membaling dadu dan di setiap petak mengandungi soalan. Bagi permainan dart pula, wakil akan membaling bola dart dan mata yang diperolehi akan mewakili markah jika berjaya menjawab soalan
Pengumpulan data menggunakan 5 cara iaitu:
oPre –test
-Ujian Setara 2 Tingkatan 4
oPemerhatian
-Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
-Semasa sesi permainan
oTemubual
-Selepas ketiga-tiga permainan selesai
oSoal selidik
-35 soalan diedarkan
-Julat markah 0-5 (sangat tidak setuju- sangat setuju)
-Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan
oPost-test
-Ujian Penilaian akhir
IMPLIKASI KAJIAN
Kaedah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah yang berpusatkan pelajar akan lebih membantu meningkatkan keyakinan pelajar selain dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
FAEDAH YANG DIPEROLEHI
Melalui kajian yang telah dijalankan dapat dibuktikan bahawa melalui kaedah permainan dapat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu mengadakan lebih banyak aktiviti yang melibatkan pelajar di dalam kelas dengan menyelitkan pembelajaran.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Kaedah yang digunakan bagus kerana banyak aktiviti/permainan yang dijalankan di dalam kelas. Ini dapat mengurangkan rasa bosan pelajar dan menarik minat mereka. Tetapi dikhuatiri pelajar tidak nampak isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru di dalam permainan tersebut kerana terlalu fokus dengan permainan.
PENAMBAHBAIKAN
Diharap guru dapat menerangkan kepada pelajar bagaimana yang dikatakan berfikir secara kritis dan kreatif kerana jika pelajar faham pembelajaran akan menjadi lebih mudah
Jurnal 1 : An action research exploration integrating student choice and arts activities in a sixth grade social studies classroom
Kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik Pengajaran di sekolah lebih memberi tumpuan kepada subjek matematik dan literasi, maka pelajar juga turut terpengaruh dengan budaya ini. ini menyebabkan pelajar mengambil enteng tentang subjek sosial. Jurnal 2 : An Action Research Plan for Developing and Implementing The Students’ Listening Comprehension Skills
Kajian tindakan yang telah dijalankan oleh penulis Pelajar di sekolah berpendapat mereka sukar untuk memberi tumpuan untuk mendengar ketika guru mengajar bahasa inggeris. Mereka kurang mahir dalam mengenal pasti isi penting ketika guru mengajar. Meningkatkan keupayaan atau kemahiran mendengar pelajar supaya mereka lebih memahami pembelajaran bahasa inggeris dan menjadikan mereka pendengar yang aktif di dalam kelas.
Tajuk Buku : Doing your Research Ptoject : A guide for first-time researchers in education, health and social science. (4th Edition) Penulis : Judith Bell Tahun : 2005
Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Tindakan?
Kajian tindakan adalah satu pendekatan yang dilakukan bilamana satu pengetahuan yang spesifik diperlukan untuk sesuatu masalah dalam satu-satu situasi atau apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem yang sedia ada.
Mengapa Kajian Tindakan perlu dilakukan?
• Untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang berlaku. • Untuk mendapatkan teknik yang sesuai dalam proses pembelajaran.
Bila Kajian Tindakan ini dilakukan?
• Apabila berlaku sesuatu permasalahan. • Apabila terdapat pendekatan beru yang ingin dilakukan terhadap sistem sedia ada.
Bagaimana Kajian Tindakan dilakukan?
• Mengikut prosedur yang telah ditetapkan. • Mengetahui / merancang apa yang ingin dikaji. • Membuat eksperimen atau survey untuk kajian tersebut. • Melakukan pengumpulan dan penganalisissan data.
Tajuk Buku : A handbook for Teacher Research from design to implement Penulis : Colin Lankshear dan Michele nobel Tahun : 2004
Kajian tindakan telah direka dan diguna pakai secara meluas kerana tingkah laku dalam kelas adalah datangnya dari kajian yang telah dijalankan berdasarkan kajian secara terperinci dan pendekatan kepada sain sosial.
Kajian tindakan ini dilakukan kerana ingin meningkatkan professionalisma guru dan melahirkan guru yang berkualiti unuk mengajar dan belajar di dalam kelas. Selain itu, guru haruslah menghargai kajian yang telah dijalankan dan faham tujuan kajian itu dijalankan. Ini penting kerana apabila guru memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi, mereka dapat mencari punca masalah tersebut dengan berkesan. Disamping itu, guru juga akan lebih prihatin dengan perjalanan proses di sekolah kerana guru tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah dengan pelajar.
Guru melakukan kajian tindakan apabila guru ingin mengetahui samada pengajarannya di dalam kelas memberi perkembangan yang baik atau tidak kepada pelajar dan apabila guru ingin mengkaji cara pengajarannya sendiri dan ingin mengesahkan kajian-kajian yang telah dilakukan
McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan bagi memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
Somekh (1989) menyatakan kajian tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai pengkaji dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Menurut Kemmis dan Mctaggart (1998),kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Proses-proses yang terlibat dalam kajian tindakan ialah mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. Keempat-empat proses ini akan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan.
MODEL
1. Systems Model of Action-Research Process
Lewin's description of the process of change involves three steps:
Unfreezing: Faced with a dilemma or disconfirmation, the individual or group becomes aware of a need to change.
Changing: The situation is diagnosed and new models of behavior are explored and tested
Refreezing: Application of new behavior is evaluated, and if reinforcing, adopted.
2. Simple Action Research Model (from MacIsaac, 1995)
Stephen Kemmis has developed a simple model of the cyclical nature of the typical action research process. Each cycle has four steps: plan, act, observe, reflect.
3. Detailed Action Research Model(adapted from Susman 1983)
Gerald Susman (1983) gives a somewhat more elaborate listing. He distinguishes five phases to be conducted within each research cycle. Initially, a problem is identified and data is collected for a more detailed diagnosis. This is followed by a collective postulation of several possible solutions, from which a single plan of action emerges and is implemented. Data on the results of the intervention are collected and analyzed, and the findings are interpreted in light of how successful the action has been. At this point, the problem is re-assessed and the process begins another cycle. This process continues until the problem is resolved.
1. Guru dapat memperbaiki kaedah pengajaran di dalam kelas supaya lebih baik 2. Guru dapat mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi dan mencari punca masalah tersebut 3. Supaya aktiviti pengajaran adalah selari dengan perkembangan semasa dan latar belakang pelajar 4. Supaya objektif pengajaran dapat disampaikan dengan cara yang berkesan 5. Menjadikan guru lebih proaktif dan sentiasa berfikir kaedah yang terbaru dan kreatif 6. Dapat meningkatkan keyakinan guru ketika pengajaran kerana kajian yang dibuat sendiri ke atas pelajar 7. Dapat berkongsi hasil kajian dengan guru lain dan mengaplikasikannya pada situasi yang bersesuaian 8. Supaya budaya 'Guru seagai penyelidik' dapat diterapkan dalam diri setiap guru dan diamalkan sepanjang hayat. 9. Menjadikan kerjaya guru ini lebih mencabar dan menarik serta sentiasa dahagakan sesuatu yang baru 10. Dapat meningkatkan mutu pendidikan seiring dengan JERIS dan dapat melahirkan pelajar yang menepati ciri modal insan.